Monday, February 2, 2009

MELAYU dalam PENGERTIAN HALAL & HARAM

Pengertian orang Melayu dalam HALAL/HARAM dewasa kini amatlah jauh berbeza dari pengamatan kaca mata saya....

Sesuatu "HALAL" hanyalah dipandang pada SIJIL SIJIL yang tertera di cermin atau pintu masuk dan juga pada papan tanda yang terdapat di kedai kedai makan, restoran atau pasaraya yang tersergam Indah.... APAKAH INI SATU PENGERTIAN "HALAL" yang hakiki....

Sedih melihatkan BANGSA aku baik yang bertudung litup dan bersarban berketayap yang sebaya dengan Emak dan Bapa aku dibawa oleh si anak yang DANGKAL ILMU serta terlalu MODERN kononnya.

Apakah dengan hanya satu SIJIL yang terpampang itu cukup untuk kita IKTIRAFKAN makanan disitu HALAL....

Aku bukanlah mahu menunjukkan bahawa aku ini alim atau menunjukkan kononnya baik, tapi tulisan ini hanyalah luahan kesalan yang teramat terhadap bangsa aku di tipu dan diperbodohkan oleh peniaga HARBI yang mengejar keuntungan....

Salah sesiapa disini .....

Tunding menunding jari jemari sering dilempar kepada penguasa.... dan pelbagai pembesar Negara atau menteri menteri yang bersangkutan HALAL/HARAM bahkan ada ditujukan pada ULAMA ULAMA yang berada dalam KERAJAAN pemerintah.... Apakah ini satu penyelesian atau ini dijadikan HELAH supaya dapat terus menerus menikmati makanan yang belum pasti HALAL atau HARAM nya.....

Dewasa ini pengertian HALAL & HARAM adalah sesuatu yang subjective serta diperkatakan diseluruh pelusuk rantau Negara aku... Tapi apakah kepedulian yang telah diambil kira oleh masyarakat MELAYU....

Begitu juga dengan siaran siaran dikaca TV sering diperkatakan oleh penceramah penceramah yang hebat hebat, tapi bila berhadapan dengan PEMERINTAH terus diam membatu serta kelu lidah untuk menyatakan yang hak serta yang batil, lihatlah siapa yang berani bersuara atau menasihatkan PEMERINTAH berikut... Insyallah "SORU MISS" jadi ini lah yang dikatakan dunia hanyalah satu LAKONAN atau PENTAS yang mengejar DUNIAWI semata mata.

Hebat berbicara sewaktu dihadapan kamera, tapi kehebatan itu hanyalah sewaktu itu sahaja.... BACUL & DAYUS nya mereka ini.... Mungkin aku orang kecil, sering berbicara serta menegur secara terus menerus "LIVE" tapi mendapat habuan "SERANAHAN" dari bangsa aku....

SUSAH SANGAT jika MAHU MEMPERKATAKAN atau MENYUARAKAN sesuatu kebaikan.... Tapi itu tidak melunturkan sifat aku akan terus melakukan walaupun dibenci... Bagi aku biarlah manusia membenci asalkan "ALLAH" tidak membenci aku...

Hidup dibandaraya Kosmopolitan KL ini banyak dugaan serta cabaran yang perlu di hadapi.... Pelbagai kemusnahan serta KEMURTADAN berlaku disini, tapi kehidupan ini perlu diteruskan demi menghabiskan sisa sisa kehidupan dialam yang diberipinjam secara sementara...

Apakah manusia sedar atau tidak akan semua ini.... Juga aku sering mengingati MATI yang pasti datang jua menjengah walaupun kita tidak mahukan itu.... Ianya pasti datang menjemput kita kembali pada yang maha pencipta untuk dihitung NERAKA atau SYURGA.....

Pelbagai organisasi atau NGO yang ditubuhkan individu yang sedar akan apa itu HALAL & HARAM tapi tiada mendapat sokongan yang jitu dan padu, bahkan sering dituduh mengadakan cerita olok olokan untuk menyedarkan MELAYU itu semuanya satu OMONGAN KOSONG sahaja...

Tuduhan itu dilemparkan oleh kebanyakkan MELAYU yang kurang senang dengan organisasi NGO ini, kerana ini boleh membuatkan mereka sukar untuk menjamu selera ditempat kegemaran mereka yang samar samar HALAL atau HARAM... Jelas nya MELAYU yang begini adalah MELAYU tetapi bukan ISLAM...

Bila akan kita akhiri kemelut HALAL / HARAM ini...
Percayalah saya merasakan ianya tidak akan berakhir sampai bila bila kerana KITA sendiri tidak mahu perubahan itu berlaku, bahkan kita lah yang menyokong benda benda ini berlaku.

(bersambung)

No comments:

Post a Comment